Anda Seorang Yang Alergi Makanan ?
Sesetengah orang alergi pada kacang tanah, susu, makanan laut, gandum
dan oat, telur, kacang soya, dan sebagainya. Kenape ye ia terjadi pada
sesetengah orang??..Jom kita baca kisah sebenar di sebalik alergi pada
makanan-makanan tertentu..
Alergi makanan kian menjadi dan amat merunsingkan ibu bapa serta juga
anak-anak mereka. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun
alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam hidup seseorang.
Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila
mereka mencapai umur persekolahan, akan tetapi ramai juga yang terus
mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi adalah bagi mereka
yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alergi.
* Kedua-dua ibu bapa tiada alergi ~ 5-15 % risiko alergi pada anak
* Salah seorang alergi ~ 20-40 % risiko alergi pada anak
* Kedua-dua ibu bapa alergi ~ 40-60 % alergi pada anak
Bagaimana alergi makan terjadi?
Lazimnya, sistem imun menyerang bakteria yang merbahaya, virus dan
bahan-bahan asing dalam tubuh sedangkan makanan dianggap tidak
merbahaya. Alergi makanan terjadi apabila sistem imun tersilap dan
menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein, sebagai
merbahaya lalu menyerangnya
Tanda-tanda alergi makanan
Tanda-tanda alergi makanan termasuklah gatal, ekzema, dermatitis, loya,
muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Kebanyakan reaksi adalah
ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang
boleh membawa maut
Makanan yang boleh menyebabkan alergi
Apa jua makanan boleh menyebabkan alergi tetapi sesetengah makanan lebih
alergenik. Makanan yang sangat alergenik termasuklah susu lembu, putih
telur, kacang soya, ikan, kerang-kerangan, ketam, udang dan kacang
tanah. Alergi terhadap susu lembu biasanya berlaku di kalangan bayi.
Mengapakah alergi perlu dicegah?
Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, namun alergi belum dapat
diubati, Justeru itu alergi harus dicegah, terutama dikalangan bayi dan
kanak-kanak. Kejadian alergi semakin meningkat dan merupakan satu
masalah utama peringkat kanak-kanak. Perlindungan jangka panjang
diperlukan kerana kejadian alergi akan mendedahkan anak kepada alergi
yang lain. Contohnya alergi makanan ketika peringkat bayi mungkin
mengundang alergi sistem pernafasan pada masa akan datang. Kos rawatan
alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan
kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup untuk anak
serta seisi keluarga.
Cara mencegah alergi
Cara yang terbaik untuk mencegah alergi ialah dengan menyusui bayi anda
selama sekurang-kurangnya 6 bulan secara eksklusif. Susu ibu merupakan
susu hipoalergenik yang unggul dan juga sumber penting antibodi yang
dikenali sebagai imunoglobin A (IgA)
Langkah-langkah berikut juga telah dibuktikan amat berkesan dalam mencegah dan mengurangkan alergi makanan:
* Tentukan alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda
* Sekiranya anda tidak dapat menyusu bayi anda kerana masalah perubatan
berundinglah dengan doktor tentang pililhan lain seperti rumusan
hipoalergenik
* Susu kacang soya dan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan
* Perkenalkan makanan pejal kepada bayi anda selepas dia berumur 6
bulan. berikan 1 jenis makanan baru setiap minggu (untuk mengetahui
samada bayi anda alah pada makanan tersebut atau tidak). Tetapi elakan
makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama
* Kurangkan habuk di dalam rumah
* Jangan pelihara haiwan di rumah ataupun di pusat penjagaan kanak-kanak
* Jangan merokok ketika mengandung ataupun berhampiran anak anda
Panduan Memperkenalkan Makanan Pejal
* Makanan yang jarang menyebabkan reaksi alergi - bermula umur 6 bulan ~ Nasi, lobak merah, pear, epal & prun
* Makanan yang biasanya sesuai tetapi kadang-kadang menyebabkan reaksi
alergi - bermula umur 6 bulan ~ Barli, oat, gandum, daging lembu,
kambing, ayam, brokoli, kubis, ubi kentang, bayam, jagung dan pisang
* Makanan yang biasa menyebabkan reaksi alergi - bermula umur 9 bulan ~
Kuning telur (perlu dimasak sepenuhnya), legum (kacang soya, kacang)
& ikan
* Makanan yang sangat alergenik - bermula umur 12 bulan ~ Makanan laut
(udang, ketam, kapis segar dan yang dikeringkan), puih telur dan kacang
tanah
www.allergymsai.org